Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja'far ra. katanya: Apabila Abu
Thalib telah meninggal dunia, mulailah Nabi SAW diganggu dan ditentang
secara terang-terangan. Satu peristiwa, beliau telah dihadang di jalanan
oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan
dilemparkan ke muka beliau, namun beliau tidak membalas apa pun.
Apabila beliau tiba di rumah, datang salah seorang puterinya, lalu
membersihkan muka beliau dari tanah itu sambil menangis sedih melihat
ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW
kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau menangis begitu,
Allah akan melindungi ayahmu!' beliau membujuk puterinya itu.
Beliau pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy tidak berani
membuat sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas Abu Thalib
meninggal dunia, mulailah mereka menggangguku dan mengacau
ketenteramanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya karena
menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai paman! Alangkah
segeranya mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!
(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)
Thabarani telah memberitakan dari Al-Harits bin Al-Harits yang
menceritakan peristiwa ini, katanya: Apabila aku melihat orang ramai
berkumpul di situ, aku pun tergesa-gesa datang ke situ, menarik tangan
ayahku yang menuntunku ketika itu, lalu aku bertanya kepada ayahku: 'Apa
sebab orang ramai berkumpul di sini, ayah?' 'Mereka itu berkumpul untuk
mengganggu si pemuda Quraisy yang menukar agama nenek-moyangnya!' jawab
ayahku. Kami pun berhenti di situ melihat apa yang terjadi. Aku lihat
Rasulullah SAW mengajak orang ramai untuk mengesakan Allah azzawajaila
dan mempercayai dirinya sebagai Utusan Allah, tetapi aku lihat orang
ramai mengejek-ngejek seruannya itu dan mengganggunya dengan berbagai
cara sehinggalah sampai waktu tengah hari, maka mulailah orang bubar
dari situ.
Kemudian aku lihat seorang wanita datang kepada beliau membawa air dan
sehelai kain, lalu beliau menyambut tempat air itu dan minum darinya.
Kemudian beliau mengambil wudhuk dari air itu, sedang wanita itu menuang
air untuknya, dan ketika itu agak terbuka sedikit pangkal dada wanita
itu. Sesudah selesai berwudhuk, beliau lalu mengangkat kepalanya seraya
berkata kepada wanita itu: Puteriku! lain kali tutup rapat semua dadamu,
dan jangan bimbang tentang ayahmu! Ada orang bertanya: Siapa dia wanita
itu? jawab mereka: Itu Zainab, puterinya - radhiallahu anha.
(Majma'uz-Zawa'id 6:21)
Dalam riwayat yang sama dari Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku melihat
Rasulullah SAW di zaman jahiliah, sedang beliau menyeru orang kepada
Islam, katanya: 'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa llaaha
lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru berkali-kali
kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang
meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya, ada
yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari.
Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya membawa sebuah
kendi air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan tangannya seraya
menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah
engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ... ! Berkata Manbat:
Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia itu
Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik.
(Majma'uz Zawa'id 6:21)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar